SOKONGAN DAN RINTANGAN – HARUS SENTIASA AMBIL PERHATIAN TERHADAPNYA

[siteorigin_widget class=”SiteOrigin_Widget_Button_Widget”][/siteorigin_widget]
[siteorigin_widget class=”SiteOrigin_Widget_Button_Widget”][/siteorigin_widget]

Hari ini kita akan berbincangkan tentang salah satu asas yang paling penting dalam Forex dan perdagangan secara umumnya: sokongan dan rintangan (S/R) – haruslah dikuasai dan diberi perhatian. Apabila anda selesai membaca artikel ini, anda tidak semestinya anda akan menjadi pakar dalam perdagangan atau mahir mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan, tetapi anda akan mempelajari asas-asas yang sangat diperlukan bagi setiap pembacaan. Bagi sesetengah pedagang, mereka akan memakan masa bertahun sehingga betul-betul boleh mengenal pasti tahap S/R; manakala ada juga beberapa pedagang yang berjaya mahir dalam masa beberapa bulan sahaja. Lambat laun, anda akan mahir juga akhirnya, akan tetapi ia perlulah dilatih selalu dan sentiasa tekun serta sabar. Dagangan sokongan dan rintangan kebiasaannya membantu “Pelabur besar” dalam membuat keuntungan sehingga berbilion-bilion dan ia merupakan kegemaran mereka dan kami menggalakkan anda untuk belajar dalam menggunakannya. Anda tidak akan menyesal. Baiklah, mari kita mula. Perkara pertama yang anda harus lakukan apabila cuba untuk mengenal pasti tahap S/R adalah dengan cara mencari tahap di carta di mana harga telah beralih. Pasaran tidak pernah bergerak dalam garis lurus dan sekiranya ia berganjak, ia akan membentuk harga tinggi dan harga rendah. Paras tinggi menjadi rintangan dan paras rendah kini menjadi sokongan, seperti yang ditunjukan dalam gambar di bawah.

Setelah rintangan dipecahkan, tahap harga tinggi yang baru akan terbentuk dan ia akan berubah menjadi rintangan. Tahap rendah adalah sokongan dan tahap rendah tertinggi yang seterusnya (dalam aliran meningkat – lihat gambar di atas) akan menjadi tahap sokongan baru. Ia adalah rintangan minor dan sokongan minor. Sekiranya harga menyentuh tahap sokongan atau rintangan lebih dari sekali, tahap itu akan menjadi lebih kuat dan kita akan memanggilnya sokongan major dan rintangan major. Berikut adalah contoh sokongan major:

Dan rintangan major:

Sebaik sahaja anda mengenal pasti tahap major S/R, simpankan sahaja ia pada carta anda, kerana walaupun setalah ia memecahkan, ia masih penting. Tahap sokongan memecah sering menjadi tahap rintangan dan pemecahan rintangan sering berubah menjadi tahap sokongan. Keadaan ini adalah sah untuk tahap minor dan major. Berikut adalah gambar untuk membantu pemahaman anda:

Terdapat satu lagi perkara yang sangat penting yang anda perlu tahu tentang tahap S/R: ia tidak ada nombor yang tepat, tetapi lebih kepada suatu zon yang menolak harga. Dalam gambar di bawah, kita dapat melihat carta yang dizum keluar untuk anda bagi melihat bagaimana tahap S/R menunjukkan bagaimana ia dibaca dengan keadaan zon. Apabila anda melihat carta, anda akan menghadapi banyak situasi di mana harga memecahkan satu tahap, tetapi tidak lama kemudian ia ditolak. Keadaan ini adalah masih sah bagi tahap S/R.

Perdagangan tahap Sokongan dan Rintangan (Support and Resistance)

Keadaan lebih kurang sama seperti dalam kes garisan tren (trend lines), anda boleh berdagang mengikut lantunan atau pemecahan tahap S/R, tetapi haruslah mengetahui apakah syarat-syarat atau kesahihan untuk pemecahan atau lantunan mengikut masa dan pengalaman. Kami boleh memberi anda tip: pemecahan tahap S/R oleh carta lilin panjang, dengan sumbu kecil atau tiada dan momentum yang kuat, adalah lebih cenderung untuk menjadikan pemecahan sebenar. Apa yang kita tahu dengan tahap kebarangkalian yang tinggi adalah harga yang akan bertindak balas apabila ia memenuhi tahap S/R. Kadang-kala, walaupun kekurangan tindak balas adalah dengan sendirinya memberikan tindak balas. Mari kita menjelaskan ia dengan satu contoh: harga membentuk tahap sokongan yang berpotensi, ia telah menyentuh tahap tersebut sebanyak lima kali dan harga telah ditolak setiap kali ia bersentuhan. Tetapi apabila kali keenam, ia telah memecah, dengan reaksi tidak ke tahap yang sebelum ini kuat sokongan. Ia merupakan satu petunjuk jelas terhadap tekanan jualan yang besar dan mungkin anda bahkan tidak akan melihat ujian dari bawah tahap, tetapi harga akan terus bergerak ke bawah. Keadaan ini berlaku apabila tiada tindak balas kepada tahap S/R sebenarnya bermaksud tindak balas harga. Selanjutnya, kita akan pergi pada bahagian yang lebih terperinci mengenai psikologi di sebalik tahap sokongan dalam kes di atas: penjual cuba untuk menolak harga melalui tahap sokongan, tetapi setiap kali mereka mencapai tahap sokongan tersebut, pembeli menolak harga ke arah yang lebih tinggi. Seperti yang kita tahu, semua tahap tersebut adalah gagal dan lama kelamaan tahap sokongan kita juga akan gagal. Apabila ia berlaku, lebih ramai pedagang menyertai jualan, kerana mereka boleh melihat dengan jelas pada ketika itu bahawa pembeli hilang kekuatan dalam pertempuran. Pedagang jualan tambahan ini akan membawa harga kepada paras yang lebih rendah. Terdapat sesuatu yang memainkan peranan yang amat penting pada ketika ini: kebiasaannya, pesanan hentian kerugian (Stop loss) diletakkan oleh pembeli dengan jarak hanya beberapa pips sebalik tahap sokongan. Ingatkah anda pada satu pelajaran pertama kita? “… apabila kita menutup satu urus niaga, kita sebenarnya mengambil perdagangan yang bertentangan untuk satu urus niaga sebelumnya”. Oleh itu, pembeli yang mengena tahap henti kerugian (Stop Loss) akan bertukar peranan menjadi … anda fikirkan – penjual. Ketika ini, penjualan amat mengatasi pembelian dan pembeli selebihnya tidak mempunyai kuasa ke atas pasaran. Semua mekanisma ini menjana sejumlah besar tahap tekanan kepada jualan yang diperlukan oleh harga untuk pemecahan tahap sokongan tanpa kembali untuk mengujinya semula dari paras bawah. Lagipun, psikologi mempunyai banyak kaitan dengan perdagangan kerana pasaran adalah didorong oleh emosi manusia dan kita tidak boleh sentiasa mengawal mereka.

 

[siteorigin_widget class=”SiteOrigin_Widget_Button_Widget”][/siteorigin_widget]
[siteorigin_widget class=”SiteOrigin_Widget_Button_Widget”][/siteorigin_widget]